Apple Watch Budak Ini Kesan Tekanan Jantung Luar Biasa, Rupa-Rupanya Menghidap Kanser

27 Oct 2022 • 3:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jam tangan itu mengesan kanser sebelum terlambat

Apple Watch Budak Ini Kesan Tekanan Jantung Luar Biasa, Rupa-Rupanya Menghidap Kanser. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun kini berterima kasih kepada teknologi boleh pakai, terutamanya Apple Watch nya.

Jika bukan kerana Apple Watchnya, dia tidak akan dapati bahawa dia menghidap kanser sebelum terlambat.

image is not available
Apple Watch Budak Ini Kesan Tekanan Jantung Luar Biasa, Rupa-Rupanya Menghidap Kanser

Kesan tekanan jantung luar biasa

Menurut laporan, ibu kepada Imani Miles, Jessica Kitchen, berkata dia menyedari bunyi bip berterusan di Apple Watch Imani pada waktu malam – menyedarkan Imani tentang kadar denyutan jantung yang luar biasa tinggi.

Kata ibunya, perkara tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini dan bunyi bip berterusan terbabit terus padam.

image is not available
Imani Miles kini berterima kasih kepada Apple Watch kerana bantu menyelamatkannya. Sumber: Hour Detroit

Bimbang dengan keadaan anak perempuannya, Kitchen membawa Imani ke hospital dan budak perempuan tersebut dibawa ke bilik pembedahan untuk membuang apendiksnya sebagai rawaran apendisitis.

Hanya semasa rawatan tersebut, doktor mendapati apendiks Imani mempunyai sebuah tumor neuroendocrine, sangat jarang dilihat pada kanak-kanak.

Amaran daripada Apple Watch adalah sebab untuk tindakan segera

Mengenai perkara ini, Kitchen berkata jika jam Apple Watch anaknya itu tidak berbunyi, dia mungkin hanya menunggu dan kemudian membawa Imani ke hospital dalam beberapa hari akan datang.

Ketika doktor menemui tumor tersebut, kanser itu telah merebak ke bahagian lain dalam badannya dan memerlukan pembedahan untuk membuangnya.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Bersyukur kerana jam tangan itu telah memaklumkannya tentang keadaan Imani sebelum terlambat, Kitchen kini menyebarkan berita tentang faedah teknologi boleh pakai seperti Apple Watch.

Jika (Imani) tidak mempunyai jam tangan itu, (kanser) itu mungkin menjadi lebih teruk,”

katanya.

Difahamkan, pembedahan Imani telah berjaya dan kini sedang pulih di rumah. Dia juga dilaporkan memakai Apple Watchnya setiap hari sebagai langkah keselamatan kesihatannya.

Ada baiknya juga kalau guna jam tangan pintar ni. Bagi mereka yang tidak mampu membeli Apple Watch, tak apa! Mana-mana jam tangan pintar yang mampu melakukan tindakan serupa seperti Apple Watch juga sama baiknya.

Lagi di sini: