Apple Watch Kini Mempunyai Laman Spesifikasi Teknikal Rasmi

TechnologyDigital
1 Apr 2024 • 3:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tidak dinafikan lagi kalau bercakap mengenai spesifikasi dalaman sesebuah peranti, Apple yang paling banyak merahsiakan butiran peranti mereka. Jumlah RAM, kapasiti bateri dan lain-lain kadangkala tidak dikongsi. Malah untuk Apple Watch, laman spesifikasi penuh pun tidak disediakan kecuali untuk membandingkan dengan model lain. Terkini, Apple Watch akhirnya mempunyai laman spesifikasi teknikal.

image is not available

Buat masa ini ia hanya terhad kepada Apple Watch Ultra 2, Apple Watch Series 9 dan Apple Watch SE. Laman ini lengkap dengan butiran jam seperti bahan binaan, pilihan warna, saiz, butiran komponen, informasi cip pemprosesan, senarai sensor, senarai ciri dan fungsi, butiran paparan, butiran bateri dan perisian, serta pelbagai maklumat lagi.

image is not available

Laman untuk membandingkan antara Apple Watch masih disertakan lagi, cuma laman spesifikasi teknikal ini akhirnya disertakan terus ke laman produk sama seperti MacBook, iPhone dan produk lain. Selepas ini anda boleh tahu lebih lanjut mengenai Apple Watch.

  • Sumber