Apple Watch SE Dengan Rekaan Baharu Dijangka Diperkenal Pada Pertengahan Kedua 2025

TechnologyDigital
12 Jan 2025 • 11:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple pada tahun ini dijangka memperkenalkan sejumlah produk baharu dan kemaskini untuk penawaran sedia ada. Salah satunya adalah untuk kategori jam tangan pintar mereka, Apple Watch.

image is not available

Menurut laporan Bloomberg, pada 2025 ini, Apple akan memberikan nafas baharu untuk Apple Watch SE, sementara turut hadir dengan Apple Watch Series 11 dan juga Apple Watch Ultra 3 pada tahun ini. Apple sebelum ini sedia memasarkan Apple Watch SE sebagai model lebih mampu milik, berbanding model yang dikemaskini setiap tahun. Pelancarannya juga dilihat diselarikan bersama pengenalan Apple iPhone SE yang turut dijangka menerima kemaskini pada tahun 2025 ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bagaimanakah perubahan rekaan pada Apple Watch SE kelak. Sementara itu, produk lain dibawah kategori jam tangan, iaitu Apple Watch Ultra 3, dikatakan akan hadir dengan sokongan sambungan satelit padanya, selain sokongan pengesanan tekanan darah tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved