Apple Watch Ultra Baharu Dijangka Menggunakan Komponen Yang Dicetak 3D

TechnologyDigital
15 Jul 2023 • 1:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple dijangka akan menggunakan teknologi percetakkan 3D dalam membangunkan jam tangan pintar Apple Watch Ultra terbaru. Menurut penganalisa Ming-Chi Kuo, Apple dijangka beberapa bahagian yang menggunakan titanium akan dibuat menggunakan percetakkan 3D.

Proses penggunaan teknologi percetakkan 3D ini dijangka akan mengurangkan kos dan juga menjimatkan masa berbanding proses biasa.

Ia turut dikatakan sekiranya semua berjalan lancar, tidak mustahil Apple terus menggunakan teknologi percetakkan 3D dalam produk-produk akan datang mereka.