
Berita baik untuk semua ibu bapa yang gemar berbelanja. Jenama penjagaan bayi dipercayai, Applecrumby®, kini bergandingan bahu dengan Sunway Malls untuk melancarkan inisiatif unik, iaitu Program Penebusan Lampin Percuma yang pertama di Malaysia.
Projek hebat ini dilancarkan menjelang musim cuti akhir tahun 2025, iaitu waktu puncak di mana keluarga sering melancong dan menghabiskan masa di pusat membeli-belah. Kerjasama selama setahun ini bertujuan menjadikan keluarga sebagai fokus utama perkhidmatan mereka.
Inisiatif ini bukan sekadar memberi kemudahan, tetapi membuktikan komitmen teguh untuk mewujudkan persekitaran yang penyayang, selamat, dan inklusif di mana setiap keluarga rasa dialu-alukan. Projek ini juga selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026, yang bakal mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi mesra keluarga di peringkat serantau.
60,000 Lampin Percuma Di 8 Pusat Membeli-Belah Strategik
Salah satu ‘mimpi ngeri’ yang sering dialami ibu bapa semasa keluar membeli-belah adalah apabila lampin anak kehabisan di saat yang tidak dijangka. Kini, masalah ini dapat diselesaikan serta-merta.
- Lampin Premium: Ibu bapa boleh menebus lampin berkualiti premium Applecrumby® secara serta-merta semasa membeli-belah di Sunway Malls.
- Jangkauan Luas: Dalam tempoh 12 bulan akan datang, sebanyak 60,000 lampin yang dipek secara individu akan diedarkan di lapan (8) pusat membeli-belah Sunway di Lembah Klang, Johor, dan Pulau Pinang.
“Melalui kerjasama dengan Sunway Malls ini, kami berharap dapat memberikan ibu bapa tahap penjagaan dan keyakinan tambahan apabila mereka memerlukan. Di Applecrumby®, kami percaya setiap keluarga berhak untuk merasa disokong dan dilindungi, pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” kata Encik Sean Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Applecrumby®.

Penanda Aras Baharu Sebagai Pusat Beli-Belah Mesra Keluarga
Cik Ng Huay Pin, Pengarah Bersekutu Kanan Pemasaran Strategik di Sunway Malls, turut melahirkan rasa teruja dengan kerjasama ini:
“Penyelesaian yang mudah tetapi berkesan ini memastikan keluarga berasa disokong sepanjang masa mereka berada bersama kami. Melalui kerjasama ini, kami berbangga menetapkan penanda aras baharu untuk pusat membeli-belah mesra keluarga, di samping meningkatkan reputasi Malaysia sebagai destinasi mesra keluarga menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” ujar beliau.
Cara Penebusan
- Pembeli hanya perlu menggunakan Sunway Super App.
- Tebus lampin tersebut melalui aplikasi.
- Ambil lampin di kaunter concierge atau SSA di pusat membeli-belah Sunway yang terlibat.
Ibu bapa juga boleh menjaga anak-anak mereka di bilik bayi yang serba lengkap yang disediakan di Sunway Malls direka khas dengan kemudahan mesra keluarga untuk memberikan keselesaan dan ketenangan.
Senarai Pusat Membeli-Belah Sunway yang terlibat:
- Lembah Klang: Sunway Pyramid, Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall, Sunway 163 Mall, Sunway Giza Mall
- Wilayah Utara: Sunway Carnival Mall
- Wilayah Selatan: Sunway Big Box, Sunway Kluang Mall
The post Applecrumby & Sunway Malls Lancar Program Penebusan Lampin Percuma, Selesaikan Masalah Ibu Bapa appeared first on Siakap Keli.
