“Ara Memang Nama Asal Dia” – Bella Astillah Didakwa Tipu Nama Sendiri, Didi Astillah Tampil ‘Backup’ Kakak

LocalEntertainment
24 Jul 2026 • 10:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Adik kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah, Didi Astillah tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai penggunaan nama “Ara” dalam nama penuh kakaknya selepas ia menjadi perdebatan di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, Didi menegaskan bahawa nama “Ara” bukanlah direka-reka, sebaliknya merupakan nama yang diberikan oleh arwah nenek mereka sejak kecil.

Advertisement

Dayang ara bella

Namun, menurutnya, nama tersebut kemudiannya digugurkan kerana nama penuh Bella dianggap terlalu panjang.

“Tiba-tiba nak label orang menipu. Kadang tergelak pun ada bila baca. Comel!”

“Ara itu adalah nama yang diberi arwah nenek yang kita sayang sangat. Tapi sebab panjang sangat, jadi kita buang yang tu,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Didi turut mendedahkan bahawa Bella masih menyimpan kasih sayang yang mendalam terhadap arwah nenek mereka sehingga memilih untuk mengabadikan nama tersebut kepada anak perempuannya.

View this post on Instagram

Menurutnya, nama “Ara” mempunyai nilai sentimental yang cukup besar buat keluarga mereka.

“Tetapi kaklong memang terlalu sayang dan tak boleh lupakan arwah nenek sebab itu dia akan letak dekat mana-mana.

“Dan bila kaklong ada anak perempuan, terus dia bubuh Ara. Sebab nama itu sangat bermakna,” kongsinya.

Terdahulu, timbul dakwaan daripada seorang netizen yang mempersoalkan nama sebenar Bella selepas mendapati laman Wikipedia memaparkan nama Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah, sedangkan kebanyakan laporan media sebelum ini menggunakan nama Dayang Nabellah Awang Astillah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Ara Memang Nama Asal Dia” – Bella Astillah Didakwa Tipu Nama Sendiri, Didi Astillah Tampil ‘Backup’ Kakak2026-07-23 16:37:14

(TAKZIAH) Pelakon Impian Illyana, Lydia Ibtisam Meninggal Dunia

The post “Ara Memang Nama Asal Dia” – Bella Astillah Didakwa Tipu Nama Sendiri, Didi Astillah Tampil ‘Backup’ Kakak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved