Arab Saudi akan labur US$1 bln di Pakistan

Politics
26 Aug 2022 • 5:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Arab Saudi dijangka melabur US$1 bilion untuk menyokong ekonomi Pakistan.

Raja Saudi, Raja Salman Bin Abdul Aziz Al Saud telah mengeluarkan titah untuk membuat pelaburan itu, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA) pada Khamis.

Menteri Luar Putera Faisal Bin Farhan Bin Abdullah memberitahu rakan sejawatannya dari Pakistan Bilawal Bhutto Zardari mengenai keputusan kerajaan itu ketika perbualan di telefon.

Kedua-dua menteri turut membincangkan cara mengukuhkan hubungan dua hala serta isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama, lapor SPA.

Sementara itu, Bilawal menerusi ciapan di Twitter berkata beliau memberi taklimat kepada menteri luar Arab Saudi itu mengenai kerosakan akibat kejadian banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Pakistan.

Pakistan, mengalami kemerosotan rizab pertukaran asing dan peningkatan inflasi, menerima komitmen pelaburan berjumlah US$3 bilion daripada Qatar pada Rabu, menurut agensi berita Qatar.-Bernama