Arab Saudi Bawa Keluar 350 Lagi Warga Asing Dari Sudan

25 Apr 2023 • 2:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pertempuran di Sudan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah memasuki minggu kedua. - Gambar AFP

NEW YORK - Arab Saudi telah memindahkan lebih 356 warga asing dari Sudan termasuk 101 rakyatnya dan rakyat dari beberapa negara lain, menurut kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi yang disiarkan di Twitter pada Isnin.

Antara yang dipindahkan ialah rakyat Amerika Syarikat, United Kingdom, Sweden, Itali, Qatar, Syria, Belanda, Iraq, Türkiye, Tanzania, Lubnan dan Libya, lapor Agensi Anadolu.

''Kerajaan Arab Saudi akan meneruskan usaha dan menawarkan bantuan untuk memastikan warga asing dapat dibawa keluar dengagn selamat menuju ke destinasi masing-maisng,'' menurut kenyataan itu. 

Pertempuran hebat di Sudan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah memasuki minggu kedua.

Setakat ini, lebih 400 orang terbunuh manakala lebih 3,500 lagi cedera sejak 15 April. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved