Arab Saudi Ingin Membina Bangunan Terbesar Dunia Sepanjang 120 km Menempatkan 5 Juta Penduduk

TechnologyDigital
25 Jul 2022 • 8:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Arab Saudi ini membentuk semula imej mereka sebagai negara berteknologi moden dan lestari. Pelaburan membina tempat pelancongan moden mula dilakukan dengan pempengaruh dari Barat dibayar untuk mempromosikan destinasi percutian yang menarik. Seterusnya Arab Saudi akan membina bangunan terbesar dunia yang mampu menempatkan 5 juta penduduk.

image is not available

Bangunan yang diberi nama The Mirror Line terdiri daripada dua pencakar langit yang setiap satunya sepanjang 120 km dan setinggi 1500 kaki. Ini menjadikannya lebih tinggi berbanding Menara Berkembar PETRONAS sekaligus turut menjadikannya struktur terbesar pernah dibina oleh Manusia.

image is not available

Penduduk The Mirror Line akan menggunakan kereta api halaju tinggi bawah tanah untuk pergi ke semua destinasi di antara hujung ke hujung struktur mega ini dengan pantas. Penduduk bandaraya linear ini tidak memerlukan bekalan dari luar dengan kesemua yang diperlukan termasuk bekalan makanan akan dihasilkan sendiri termasuk penggunaan sumber tenaga mesra alam.

image is not available

Sebuah stadium turut akan dibina pada ketinggian 1000 kaki dari permukaan tanah di antara dua pencakar langit. Pembinaan dianggarkan menelan belanja $1 trilion dan mengambil masa 50 tahun. Tetapi Putera Muhammad Bin Salman ingin ia disiapkan menjelang 2030.