Arab Saudi Ingin Membina Stadium Di Atas Bangunan 350 Meter Untuk Piala Dunia 2034

TechnologyDigital
5 Aug 2024 • 11:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Arab Saudi ingin menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034. Dokumen yang menerangkan pelan pengajuran mereka telahpun diterbitkan oleh FIFA dan menarik sekali kerajaan Saudi ingin membina sebuah stadium bole sepak yang terletak di atas bangunan setinggi 350 meter. Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.

image is not available

Sekiranya dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034, stadium ini akan dibina pada tahun 2027 dan siap sepenuhnya menjelang 2032. Pembinaan fasa pertama The Line telahpun dimulakan dan dijangka siap pada tahun 2030. Kerana The Line ialah sebuah bandar dalam bangunan, pengangkutan ke stadium adalah menggunakan sistem rel terbina tanpa sebarang penggunaan kenderaan beroda konvensional.

image is not available

Stadium ini akan mempunyai bumbung tertutup yang menawarkan pengalaman permainan boleh sepa yang unik kerana sebelum ini tiada stadium pernah dibina di atas bangunan setinggi ini. Sumber kuasa akan dijana sepenuhnya menggunakan panel solar dan angin bagi menjadikannya stadium yang cukup lestari.

image is not available

The Line dan Stadium NEOM hanyalah dua daripada puluhan projek modernisas yang telah diumumkan kerajaan Arab Saudi bagi mengubah imej mereka dari sebuah negara pengeluar pertroleum menjadi pusat pelancongan popular rantau. Projek mega lain ialah pusat ski dengan bangunan tinggi seakan kristal, bangunan bawah tanah terdalam dunia dan pusat peranginan dengan kolam renang terpanjang dunia.