Arab Saudi keluar amaran ‘bahaya’ untuk Mekah

24 Oct 2026 • 5:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Arab Saudi keluar amaran ‘bahaya’ untuk  Mekah

RIYADH – Agensi pertahanan awam Arab Saudi menyiarkan amaran ‘potensi bahaya’’ untuk empat wilayah baratnya termasuk kota suci  Mekah semalam tanpa memberikan alasan tindakan tersebut.

Amaran  yang turut meliputi bandar utama Laut Merah iaitu Jeddah dan kota berdekatan, Taif serta pusat minyak Yanbu itu  bagaimanapun ditarik balik beberapa minit kemudian.

Penduduk diarah  untuk ‘pergi ke tempat selamat terdekat’ oleh agensi tersebut. Agensi sama  juga mengulangi amaran undang-undang yang melarang perkongsian  gambar atau maklumat berkaitan ‘menangkis serangan  peluru berpandu serta dron’.

Kerajaan Arab Saudi berdepan serangan berterusan daripada kumpulan Houthi  di Yemen sejak  beberapa minggu kebelakangan ini ketika perang saudara kembali bergolak di negara jirannya itu.

Pemberontak  Houthi yang memerangi kerajaan pro-Riyadh di Yemen, menyasarkan infrastruktur minyak serta lapangan terbang  Arab Saudi.

Serangan peluru berpandu dan dron ke atas lapangan terbang Riyadh awal bulan ini mengorbankan 13 orang dan mencederakan puluhan yang lain. – AFP 

The post Arab Saudi keluar amaran ‘bahaya’ untuk Mekah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved