Kerajaan Arab Saudi dilaporkan melarang keras jemaah Umrah memakai atau menunjukkan apa-apa berkaitan dengan Palestin.
Menerusi satu perkongsian seorang ustaz, terdapat jemaah umrah yang sudah ditahan dan dipenjarakan selama beberapa jam.
Sama-sama kita doakan saudara2 kita yang berada di sana. Supaya Allah Memberi kejayaan buat Umat Islam Di sana. #umrah #uartravelntours #travel #madinah #masjidnabawi #umrahmusimsejuk #pakejumrahmusimsejuk #fyp #foryou #pakejmurah #Umrah #travelagent #p4lestin3
“Kita sebagai penziarah yang datang ke sini perlu kita menghormati undang-undang Saudi ni. Undang-undangnya perlu kita ikuti dan jangan langgar.
“Namun, kita sebagai tetamu Allah disini, kita perbanyakkan doa kita, Allah bantu saudara kita di sana,” katanya.
Menerusi satu perkongsian di jaringan X pula, larangan berkenaan dibuat berdasarkan beberapa pandangan dan faktor.
“Mekah dan Madinah ialah dua tempat yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia. Jika ada sebahagian umat Islam mengangkat bendera Palestin, ini akan membuka ruang untuk umat Islam yang lain menonjolkan apa sahaja perjuangan mereka.
“Sebagai contoh, mereka yang menyokong Hezbollah akan menunjukkan bendera Hezbollah, orang Uyghur akan mengangkat bendera Turkistan Timur. Orang Hamas/Fatah akan mengangkat bendera organisasi mereka,” katanya.
Secara tidak langsung katanya, tindakan begini akan berkemungkinan akan berlakunya demonstrasi dan akhirnya Tanah Suci akan menjadi tempat orang yang ingin mencari sokongan dan perhatian.
“Jika tidak terkawal, peristiwa rusuhan di Tanah Suci mungkin akan kembali berlaku seperti yang terjadi pada tahun 1987.
“31 Julai 1987, jemaah dari Iran tunjuk perasaan ketika musim Haji. Pihak berkuasa Arab Saudi cuba untuk menyuraikan keadaan di mana berakhir dengan 400 jemaah meninggal dunia.
“Mekah dan Madinah yang menjadi lokasi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia dengan pelbagai perbezaan dan kecenderungan. Perkara yang paling penting untuk dijaga adalah keamanan dan kesejahteraan semua umat Islam yang berkunjung,” katanya.
Selain daripada itu katanya, Tanah Suci adalah tempat beribadat dan penyatuan dimana kita sendiri tidak tahu pengunjung-pengunjung lain penyokong mana-mana gerakan atau politik.
“Suasana kesatuan umat ini tidak boleh dibeza-bezakan dengan mana-mana sentimen atau kecenderungan.
“Ingin menunjukkan solidariti di Tanah Suci? Solidariti terbesar ialah dengan berdoa,” ujarnya.
Sumber: Fakhri
The post Arab Saudi larang jemaah umrah solidariti Palestin di Mekah, untuk elak tragedi rusuhan 1987 appeared first on The Reporter.




