Arab Saudi Larang Siaran Langsung, Rakaman Di Dalam Masjid Sepanjang Ramadan

LocalPolitics
22 Feb 2025 • 11:24 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Arab Saudi Larang Siaran Langsung, Rakaman Di Dalam Masjid Sepanjang Ramadan

Kementerian Hal Ehwal Islam, Seruan dan Panduan Arab Saudi mengeluarkan larangan menggunakan kamera di dalam masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan, lapor Gulf News.

Arahan tersebut merangkumi larangan merakam imam dan jemaah sepanjang mendirikan solat termasuk solat tarawih.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), kementerian tersebut turut melarang penyiaran ibadah solat menerusi mana-mana platform media. Selain itu, para imam dan pendakwah turut ditegaskan agar mengikut garis panduan tersebut serta mengajak para jemaah menjaga kesopanan dan adab di dalam masjid.

Larangan ini dikeluarkan pihak Arab Saudi demi memelihara kesucian masjid dan suasana beribadah tanpa sebarang gangguan yang dapat menjejaskan jemaah. Malah, larangan ini turut menjadi sebahagian komitmen kementerian dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk beribadat.

Selain itu, ia juga bertujuan memastikan keselamatan jemaah dan menjamin pelaksanaan ibadah berlangsung dalam persekitaran yang tenang dan terhormat.

Untuk pengetahuan, larangan ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam setiap tahun menjelang bulan Ramadan. Ia bagi mengawal selia aktiviti-aktiviti ibadah yang dijalankan di masjid-masjid serta mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi para jemaah.

Ketua Hal Ehwal Agama Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais menegaskan bahawa kementerian komited dalam menyediakan perkhidmatan dan program yang berkualiti tinggi sepanjang bulan Ramadan.

Beliau turut mengesahkan bahawa kementerian bakal menaik taraf pendigitalan pelan operasi untuk bulan puasa. Ia dijangka bakal memberikan pengalaman menunaikan umrah yang lebih baik kepada para jemaah di kedua-dua Masjid Suci sepanjang Ramadan.

Sumber: Gulf News