Arab Saudi pintas dron di wilayah Mekah

6 Nov 2026 • 9:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Arab Saudi pintas dron di wilayah Mekah

RIYADH: Pakatan diketuai Arab Saudi yang memerangi Houthi di Yaman berkata pada Jumaat pihaknya memintas sebuah dron di wilayah Mekah, susulan serangan berulang kumpulan pro-Iran itu terhadap kerajaan berkenaan.

“Pemintasan dan pemusnahan sebuah dron di wilayah Mekah,” tulis jurucakap pakatan, Turki al-Malki, di media sosial tanpa memperincikan sumber serangan itu.

Sejak gencatan senjata runtuh pada Julai, Arab Saudi dan Houthi saling melancarkan serangan, dengan kumpulan itu menyasarkan lapangan terbang, infrastruktur tenaga dan tapak ketenteraan Saudi.

Bagaimanapun, Houthi berulang kali menegaskan pasukan mereka tidak akan menyasarkan kota suci Mekah atau Madinah.

Pada Khamis, pakatan Arab Saudi berkata, pihaknya memintas peluru berpandu yang dilancarkan Houthi ke arah wilayah Madinah, dakwaan yang disifatkan kumpulan itu sebagai pembohongan terang-terangan dan seriu”.

Di Yaman, Houthi turut bertempur dengan pasukan kerajaan yang disokong Arab Saudi dan diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Dalam satu serangan pada September, Houthi menawan kawasan yang menghadap Selat Bab al-Mandab yang strategik, laluan penghubung Eropah dan Asia melalui Laut Merah serta Terusan Suez.

Pasukan kerajaan sejak itu berusaha merampas semula wilayah berkenaan dengan sokongan kuasa udara Arab Saudi. – AFP

The post Arab Saudi pintas dron di wilayah Mekah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved