Arab Saudi tembak jatuh dron di kawasan Madinah

WorldPolitics
22 Oct 2026 • 9:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Arab Saudi tembak jatuh dron di kawasan Madinah

RIYADH: Arab Saudi pada Khamis berkata bahawa pihaknya menembak jatuh dron di kawasan Riyadh dan bandar suci Madinah, ketika kumpulan Houthi di Yaman terus melancarkan serangan setiap hari terhadap kerajaan itu.

“Pemintasan dan pemusnahan empat dron di wilayah Riyadh dan Madinah,” kata Turki Al-Malki, jurucakap pakatan diketuai Arab Saudi yang memerangi kumpulan disokong Iran itu, dalam hantaran di X.

Semalam, Houthi di Yaman menafikan dakwaan bahawa pihaknya melancarkan dron ke arah Madinah Arab Saudi.

Kumpulan itu turut menafikan melancarkan operasi ketenteraan terhadap Arab Saudi selepas pakatan diketuai Riyadh mengumumkan bahawa pihaknya memintas dron di ruang udara Madinah dan Wilayah Timur.

Menurut Reuters, jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree mengeluarkan penafian itu selepas pakatan diketuai Arab Saudi melaporkan pemintasan dron berkenaan. 

Houthi bersekutu dengan Iran dan terlibat dalam konflik berpanjangan dengan kerajaan Yaman yang disokong Riyadh. – AGENSI

 

The post Arab Saudi tembak jatuh dron di kawasan Madinah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved