Arab Saudi Terus Salur Bantuan Kemanusian Kepada Rakyat Palestin

6 Jan 2024 • 12:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Arab Saudi Terus Salur Bantuan Kemanusian Kepada Rakyat Palestin

RIYADH, 5 Jan (Bernama-SPA) — Pesawat ke-37 yang membawa bantuan kemanusiaan Arab Saudi yang dikendalikan Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) pada Jumaat berlepas dari Riyadh menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish di Mesir.

Bantuan seberat 23 tan terdiri bekalan makanan, khemah perlindungan dan ubat-ubatan untuk dihantar kepada penduduk Palestin yang terjejas di Semenanjung Gaza, menurut Agensi Berita Arab Saudi.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada peranan kerajaan Arab Saudi dalam menyokong rakyat Palestin yang sedang menghadapi pelbagai krisis.

Sumber: Bernama