Arab Saudi tolak permintaan Israel hantar pesawat bawa balik penumpangnya

WorldPolitics
1 Oct 2026 • 5:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Arab Saudi tolak permintaan Israel hantar pesawat bawa balik penumpangnya

RIYADH – Arab Saudi menolak beberapa permintaan Israel untuk menghantar pesawatnya sendiri bagi membawa balik penumpang penerbangan flydubai yang dilencongkan, demikian menurut sumber Riyadh yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu kepada AFP hari ini.

“Mereka (Israel) meminta untuk menghantar pesawat pejuang tentera. Dua atau tiga terus ke Lapangan Terbang Tabuk. Ditolak.

“Kemudian meminta untuk menghantar pesawat komersial [El Al]. Juga ditolak,” kata sumber itu kepada AFP.

Sumber sama berkata, mesej berkenaan disampaikan menerusi UAE dan bukannya secara terus kepada Israel.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas sebuah pesawat flydubai dalam perjalanan ke Tel Aviv dari Dubai terpaksa mendarat cemas di Arab Saudi, selepas pembantu juruterbang didakwa cuba menghempaskan penerbangan itu dan membunuh semua orang di dalamnya.

Sumber Arab Saudi itu berkata, kerajaannya  telah memenuhi ‘tanggungjawab antarabangsa’ dan membantu penumpang penerbangan tersebut selepas pesawat mendarat cemas, sambil menegaskan, kewarganegaraan penumpang tidak mempengaruhi keputusan tersebut.

“Kami akan bertindak dengan cara yang sama, tanpa mengira kewarganegaraan penumpang flydubai (Israel),”  tambah sumber itu lagi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Arab Saudi menentang tekanan untuk menyertai Perjanjian Abraham yang ditaja oleh Amerika Syarikat dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Riyadh kekal dengan pendirian  ia tidak akan memulihkan hubungan dengan Israel tanpa laluan jelas menuju ke arah pembentukan negara Palestin. – AFP

The post Arab Saudi tolak permintaan Israel hantar pesawat bawa balik penumpangnya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved