Arab Saudi tuduh Houthi bedil Mekah 

WorldPolitics
17 Sep 2026 • 10:07 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Arab Saudi tuduh Houthi bedil Mekah 

RIYADH – Kumpulan Houthi di Yemen melaporkan serangan udara baharu oleh Arab Saudi semalam ketika Riyadh menuduh militia itu melancarkan serangan ‘pengecut’ menyasarkan kota suci Mekah.

Pertempuran yang meletus semula antara puak Houthi dan kerajaan Yemen mengheret Riyadh ke dalam perang saudara di negara jirannya, selepas pejuang Houthi mengisytiharkan sekatan maritim ke atas kapal-kapal Arab Saudi di Laut Merah.

Minggu lalu, puak Houthi menguasai keseluruhan pantai Laut Merah di Yemen dan Selat Bab al-Mandab, laluan penting bagi eksport minyak Arab Saudi ketika perang Asia Barat yang lebih luas menyekat laluan perkapalan di Selat Hormuz.

Kementerian Luar Arab Saudi mengecam tindakan menyasarkan Mekah sebagai ‘serangan pengganas yang pengecut’ dan menegaskan semula hak Riyadh untuk ‘mempertahankan keselamatan dua masjid suci, jemaah haji dan umrah, serta seluruh wilayah Arab Saudi’.

Bagaimanapun, ahli politburo Houthi, Hazem al-Assad menolak tuduhan itu sebagai ‘pembohongan lapuk yang pernah digunakan sebelum ini dan tidak lagi menipu sesiapa’.

Seorang penduduk Mekah berkata, mereka melihat beberapa orang berlari ke tingkap untuk melihat apa yang berlaku selepas penduduk tempatan menerima amaran pada telefon bimbit masing-masing mengenai serangan itu.

“Selain itu, kehidupan berjalan seperti biasa di Mekah,” katanya.

Kumpulan Houthi juga mendakwa semalam bahawa mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Arab Saudi. – AFP

 

The post Arab Saudi tuduh Houthi bedil Mekah  appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved