Arab Saudi, Turkiye, Pakistan meterai pakatan pertahanan

WorldPolitics
8 Aug 2026 • 9:21 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Arab Saudi, Turkiye, Pakistan meterai pakatan pertahanan

RIYADH: Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan menandatangani perjanjian pertahanan bersama ketika keganasan terus melanda rantau itu susulan serangan Houthi dan perang antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran.

Riyadh kini berusaha memperkukuh hubungan keselamatan dengan latar belakang perang AS-Iran yang telah mengheret beberapa negara jiran serta menjejaskan perkapalan melalui Selat Hormuz dan Laut Merah.

Dalam kenyataan bersama yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi dan Kementerian Luar Pakistan, ketiga-tiga negara mengumumkan pemeteraian Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah.

Tiga negara berkenaan menyatakan komitmen bersama untuk terus memperkukuh keselamatan kolektif serta mempromosikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau itu dan di luar.

Kementerian Luar Pakistan berkata, perjanjian itu menetapkan serangan terhadap mana-mana anggota akan dianggap sebagai serangan terhadap semua anggota, selain bertujuan memperkukuh pencegahan secara kolektif.

Namun, Ankara kemudian menjelaskan perjanjian itu tidak ditujukan kepada mana-mana negara tertentu, menurut hantaran di X oleh pengarah komunikasi kepresidenan Turkiye.

Kerajaan Turkiye turut menegaskan perjanjian itu tidak bercanggah dengan komitmen Turkiye dalam pakatan antarabangsa sedia ada, termasuk komitmen terasnya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Riyadh pula berkata, perjanjian itu bukan usaha untuk membentuk paksi ketenteraan atau blok berasaskan mazhab.

“Ia juga tidak berkaitan dengan sebarang cita-cita nuklear atau perlumbaan senjata, sebaliknya memberi tumpuan kepada pembinaan keupayaan yang mampan,” kata Timbalan Menteri Diplomasi Awam Arab Saudi, Rayed Krimly, di X.

Beliau menambah, perjanjian itu tidak menimbulkan ancaman terhadap keselamatan mana-mana negara di rantau Teluk.-AFP

The post Arab Saudi, Turkiye, Pakistan meterai pakatan pertahanan appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved