
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman mengulangi pendirian terus menyokong pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim di sebalik tindakan terbaru Bersatu menyerahkan ‘surat arahan’ kepada mereka.
Terdahulu, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata semua wakil rakyatnya termasuk enam Ahli Parlimen dan seorang Adun yang berpaling tadah diberi tempoh 14 hari mulai hari ini untuk menjawab ‘surat arahan’ itu.
Surat itu antara lain mengarahkan mereka tidak menyokong kerajaan Anwar. Namun untuk Suhaili dan enam lagi wakil rakyat terbabit, Hamzah mengesahkan ada arahan lain namun beliau enggan mendedahkannya.
Bercakap kepada FMT, Suhaili mengesahkan belum menerima surat itu termasuk melalui e-mel yang didakwa dihantar hari ini.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Sudah periksa semua e-mel tetapi tiada pun surat itu, saya hubungi dua lagi kawan (Ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar) mereka pun tak dapat…kami nak tengok juga apa isi kandungan surat itu.
“Tetapi saya tak takut, arahan khas atau apa sekalipun tetap sokong kerajaan Madani dan PMX,” katanya yang enggan memberitahu identiti ‘dua rakannya’ itu.
Selain Suhaili, turut menyokong pentadbiran Anwar adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari pula menyokong pentadbiran Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Mac lalu.
Pada sidang media hari ini, Hamzah berkata menerusi surat arahan itu juga wakil rakyat Bersatu tidak boleh menyokong mana-mana menteri besar atau ketua menteri tidak dipersetujui parti.
Beliau menjelaskan kegagalan Ahli Parlimen dan Adun Bersatu menjawab surat itu dalam tempoh 14 hari akan menyebabkan keahlian mereka terhenti.
Jika keadaan itu berlaku, di bawah akta anti lompat parti semuanya berkemungkinan besar perlu mengosongkan kerusi sekali gus memberi laluan kepada PRK.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
