
AKTIVIS Ardell Ariana, Haroqs, Datin Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Zainal Rashid Ahmad antara aktivis yang menyertai delegasi misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) yang dijadual berlepas ke G4z4 dari Barcelona pada 10 dan 12 April ini.
Pendakwah, PU Rahmat Ikhsan menerusi laman sosial pada mulanya berkongsi di Instagram dua sukarelawan yang menyertai pelayaran kali ini.
"Selamat berlayar Kak Ardell Aryana dan adik Haroqs.
"Semoga selamat pergi dan berjaya memecahkan kepungan.
"Tahun ini kalian berlayar tanpa saya. Saya pergi Rafah dan kalian ke Barcelona. Moga kita jumpa dalam G," kongsinya.

Sementara itu, Instagram Yayasan Mawaddah berkongsi enam lagi sukarelawan yang menyertai misi 2.0 ini termasuk. Bagaimanapun, identiti empat daripada mereka dirahsiakan.
"Malam ini empat orang kami rahsiakan manakala empat lagi kami dedahkan.
"Dua lagi sukarelawan menyertai misi berkenaan iaitu adik-beradik Datin Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.
"Ardell, Haroqs, Heliza dan Hazwani. Semoga ALLAH sampaikan kalian ke bumi G4z4," titipnya.
Sementara itu, pada jam lima pagi tadi, hantaran terbaharu PU Rahmat memuat naik foto beberapa orang lagi delegasi Malaysia yang menyertai misi kali ini termasuk Zainal Rashid Ahmad atau ZRA.

"Penutup dan permulaan hari ini. Jam 5 pagi obor Sumud masih menyala.
"Menemani kakanda Haji ZRA yang namanya begitu panas minggu ini dan kakanda Haji Norazman yang selalu tenang diatas kapal Estrella Emmanuel GSF 1.0 yang lalu.
"Kombo Otai yang padu dan pesanan mereka "Kalau kami yang nak masuk enam series ni pun masih gagah membelah lautan maka anak muda perlu gagah membelah algorithm.
"Ayuh penuhkan Algo kita dengan Kisah G dan pembebasan. Pecahkan kepungan dan pecahkan kebisuan!" titipnya di Instagram.

Menurut laman sosial rasmi Sumud Nusantara, batch keempat dan kelima delegasi Malaysia untuk misi Global Sumud Flotilla yang akan memulakan pelayaran pada 12 April.
Batch keempat melibatkan bekas peserta GSF 1.0 seperti Heliza dan Hazwani Helmi, Ardell Aryana dan Haroqs serta beberapa orang peserta lain.
"Batch ini juga melibatkan beberapa orang ‘ground crew’ yang juga merupakan staf Cinta Gaza Malaysia. Mereka telah berlepas ke Sepanyol pada jam 9 malam semalam.
"Manakala batch kelima pula yang berlepas ke Sepanyol pada jam 3 pagi tadi adalah batch terakhir delegasi Malaysia bagi misi GSF. Mereka terdiri daripada empat orang peserta termasuklah ZRA," kongsinya.
Difahamkan semua sukarelawan Global Sumud Flotilla 2.0 yang terpilih diwajibkan berada di Barcelona pada 10 April ini bagi menghadiri sesi taklimat serta permulaan operasi.
