“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap, Syed Saddiq Pun Terkejut

Politics
2 Nov 2022 • 4:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak penamaan calon daripada parti-parti politik di Malaysia sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), banyak video yang dimuat naik bertujuan untuk ‘promosikan’ diri mereka.

Namun, satu rakaman menunjukkan salah seorang calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memberi ucapan baru-baru ini meraih perhatian netizen.

Video tersebut dimuat naik seorang individu di Twitter dan ia mengejutkan ramai kerana calon Parlimen Kepala Batas, Danial Abdul Majeed didengari hampir mengeluarkan kata kesat.

Berdasarkan klip pendek tersebut, Danial hampir mencarut ketika sedang menceritakan tentang kehidupannya dan ia disedari wakil MUDA yang lain termasuklah Syed Saddiq.

Bila saya beritahu kawan saya mahu kembali ke Pulau Pinang. Satu perkataan keluar dari mulutnya, ‘Are you f*ck’?”

Dia kemudian berhenti dan menukar kepada ayat yang lain sebelum sambung memberikan ucapan di depan wartawan dan media.

Difahamkan, Danial ketika itu sedang menceritakan tentang rakannya yang mempersoalkan keputusan dia untuk bertanding dalam PRU15 walhal dia bekerja sebagai jurutera dengan gaji yang memberangsangkan.

Klip itu mencuri perhatian ramai netizen dan ada yang mempersoal sama ada dia mampu mencuri hati para pengundi dan melawan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Sri Reezal Merican yang bertanding di parlimen yang sama.

Sesetengah netizen menyuarakan pendapat bahawa Danial perlu mengasah lagi bakat dan kemahirannya untuk bercakap di depan khalayak ramai.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

Dikutuk Semalaman Sertai PRU15, Ustaz Kazim Elias Umum Tarik Diri Pagi Ini