Areefa Munira dinobat pelajar nombor 1 Malaysia dalam kertas FFA ACCA FIA! Genius

LocalBusiness & Finance
27 Aug 2025 • 4:20 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Areefa Munira berjaya membuktikan bahawa tiada kejayaan mustahil dicapai dengan usaha gigih dan bimbingan yang tepat. Foto: Facebook Sunway TES

Meraih tempat pertama di Malaysia dalam mana-mana peperiksaan bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi melibatkan bidang pengajian mencabar seperti perakaunan dan kewangan.

Namun, pelajar Sunway TES, Areefa Munira Amran berjaya membuktikan bahawa tiada kejayaan mustahil dicapai dengan usaha gigih dan bimbingan yang tepat.

Areefa Munira yang dinobatkan sebagai pelajar nombor satu di Malaysia bagi kertas Financial Accounting (FFA) dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) Foundation in Accountancy (FIA) Jun 2025 dianggap antara pelajar genius di Malaysia.

Pencapaiannya itu secara tidak langsung menjadi inspirasi individu lain untuk turut cemerlang dalam ACCA.

Menurut Areefa Munira, kejayaannya hari ini adalah hasil bantuan dan bimbingan daripada pelbagai pihak, khususnya para pensyarah yang sentiasa memberi tunjuk ajar sepanjang perjalanan pembelajarannya.

"Terima kasih semua khususnya pensyarah Yeong yang menjadikan subjek FA lebih mudah difahami," kongsinya di Facebook.

INFO

  • FFA adalah salah satu kertas dalam program ACCA FIA.
  • Kertas ini memberi pemahaman asas tentang prinsip perakaunan kewangan, penyediaan penyata kewangan dan kerangka piawaian perakaunan yang digunakan dalam perniagaan.
  • Lulus FFA adalah asas untuk melanjutkan ke peringkat ACCA Applied Knowledge seterusnya menuju kelayakan profesional ACCA.

 

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved