

ARFF Rai Pencapaian Bidang Rantaian Runcit & Francais Sempena Ulang Tahun Ke-15
KUALA LUMPUR, 20 SEPTEMBER 2024 – Persekutuan Rantaian Runcit & Francais ASEAN (ARFF) meraikan ulang tahun ke-15 penubuhannya melalui sebuah majlis makan malam berprestij bagi memperingati satu setengah dekad pencapaian dan sumbangan luar biasa dalam komuniti perniagaan dan pasaran ASEAN.
Majlis makan malam ulang tahun tersebut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan serta disaksikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri ke-9 Malaysia yang juga penaung ARFF.
Majlis ini merupakan satu platform untuk meraikan, menghargai, dan berhubung dengan peneraju industri, orang-orang kenamaan dan penerima-penerima anugerah.
Majlis ini turut dihadiri oleh para duta dari Kemboja dan Myanmar serta wakil-wakil dari kedutaan Brunei, Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam, dan Laos. Kehadiran presiden dan pengerusi persatuan perdagangan dan dewan perniagaan terkemuka juga menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut, sambil memberikan peluang bermakna untuk mengembangkan jaringan perniagaan.
Sorotan utama pada malam tersebut ialah pelantikan rasmi ahli majlis baru ARFF bagi penggal 2024-2026. Upacara penting ini bukan sahaja memperkenalkan ahli majlis yang baharu, tetapi juga menetapkan hala tuju dan matlamat strategik mereka untuk penggal akan datang.

Pelantikan ini menekankan peranan penting mereka dalam memandu ARFF ke arah memajukan industri runcit dan francais di ASEAN serta meningkatkan kerjasama antara sektor.
Presiden ARFF, Dato’ Sri Mike Loh, berkata, “Sejak penubuhannya, ARFF sentiasa komited untuk memajukan industri rantaian runcit dan francais. Visi utama ARFF adalah untuk mengangkat negara-negara ASEAN melangkaui sekadar lokasi geografi, tetapi sebagai kuasa serantau yang dinamik dan pusat utama untuk perdagangan, budaya, sumber, dan kepakaran.”
Penaung ARFF, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, turut menyatakan, “ARFF telah mencapai kemajuan yang sangat pesat sejak penubuhannya pada tahun 2008. Mengimbas kembali perjalanan 15 tahun ARFF yang luar biasa, dan setelah bekerja rapat dengan pasukan ARFF terutamanya semasa saya berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta sebagai Perdana Menteri, saya ingin menekankan kepentingan untuk mengiktiraf para individu dan organisasi yang menjadi nadi ARFF serta sumbangan mereka dalam memupuk rantaian runcit dan sektor francais yang dinamik dan kukuh di negara ini serta seluruh Asia Tenggara.”
Majlis ini turut menyaksikan penyampaian Anugerah Jenama Paling Dikenali ASEAN atau ASEAN Most Recognised Brands Awards, yang mengiktiraf perniagaan yang menunjukkan prestasi luar biasa dan sumbangan besar kepada pasaran ASEAN.
Anugerah ini merupakan penghargaan kepada syarikat-syarikat yang bukan sahaja mencapai kejayaan luar biasa, tetapi juga menjadi pemangkin inovasi dan pertumbuhan dalam industri.
Pengerusi Penganjur Majlis Makan Malam Ulang Tahun ARFF ke-15, Yen Sek Wai, yang juga Naib Presiden ARFF, menyatakan, “Sejak ARFF diasaskan, visi kami adalah untuk menghubungkan usahawan antarabangsa dan pemimpin industri melalui pembelajaran silang. Kami berasa bangga untuk mengatakan bahawa visi ini telah dan sedang direalisasikan dan kami akan senantiasa memupuk hubungan bermakna serta pertumbuhan dalam komuniti perniagaan di seluruh ASEAN.”
Tatkala 2024 menghampiri penghujungnya, ARFF bersedia untuk terus meneraju kemajuan industri rantaian runcit dan francais di Malaysia serta Asia Tenggara.
Selepas meraikan ulang tahun ke-15, ARFF menegaskan komitmennya untuk memacu pertumbuhan dan inovasi industri melalui majlis networking, pameran, pertukaran budaya, dan misi perdagangan, sambil menyokong pertumbuhan KDNK Malaysia melalui sektor perdagangan borong dan runcit serta memperkasa perniagaan di seluruh rantau ASEAN.

Senarai pemenang anugerah ASEAN Most Recognised Brands adalah seperti berikut:
1. ASEAN Most Recognised Brand in Corporate Advisory Excellence
Dr. Wan Ho Yuen Terence (Pengarah Urusan)
Beijing Xinghua Advisory Sdn. Bhd.
2. ASEAN Most Recognised Brand in Travel & Tourism Industry Development Excellence
Mita Lim (Pengasas & Pengarah Urusan)
ICE Holidays Sdn. Bhd.
3. ASEAN Most Recognised Brand in Authentic Tea Retailing Excellence
Ng Yong Ru (Pengarah Jenama)
Legend of Tea Sdn. Bhd.
4. ASEAN Most Recognised Brand in International Export Development Excellence
Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz (Ketua Pegawai Eksekutif)
Perbadanan Pembangunan Pelaburan Luar Malaysia (MATRADE)
5. ASEAN Most Recognised Brand: Best Real Estate Agency of the Year
Marcus Mak (Pengasas)
M Century Properties Sdn. Bhd.
6. ASEAN Most Recognised Brand in Innovative Interior Design Excellence
Michael Tan (Pengarah)
MX Design
7. ASEAN Most Recognised Brand in Industrial Automotive Parts & Accessories Supplies
Andry Cahya (Pengarah)
PT Avia Cahya Raya
8. ASEAN Most Recognised Brand in Innovative Parking Management & Consultancy Services
Simon (Pengarah Urusan)
RealParking Sdn. Bhd.
9. ASEAN Most Recognised Brand in Tourism & Hospitality Services Excellence
Dato’ Sri Tan Aik Kiong (Pengarah Urusan Kumpulan)
The Pearl Kuala Lumpur
10. ASEAN Most Recognised Brand: CEO of the Year in Sustainability Development Excellence
Datuk Benson Lau (Pengarah Urusan)
Varia Berhad
Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang ARFF di https://arff.my/about.
The post ARFF Rai Pencapaian Bidang Rantaian Runcit & Francais Sempena Ulang Tahun Ke-15 appeared first on Siakap Keli.




