
Bank Pusat Argentina dijangka akan menaikkan penanda aras kadar faedah sebanyak 550 mata asas kepada 75 peratus pada Khamis, iaitu sehari selepas ramalan menunjukkan inflasi tahunan negara itu boleh melonjak kepada 80 peratus.
Tindakan berkenaan diambil bagi mengekang kenaikkan harga barang di negara itu yang ketika ini menyebabkan penduduknya berdepan denga kesukaran untuk berbelanja dan juga memulihkan imej kerajaan, menurut CNBC.
Selain itu, kenaikkan itu juga bersesuaian dengan persefahaman yang dibuat antara negara itu dengan Tabung Kewangan Antarabangsa berhubung pembayaran pinjaman berjumlah RM 199 bilion.
Sebelum ini beberapa pemerhati kewangan global meramal kenaikkan tersebut susulan kadar inflasi negara itu yang meningkat naik
Sumber: CNBC
The post Argentina Dijangka Naikkan Kadar Faedah 550 Mata Asas Kepada 75%, Antara Tertinggi Di Dunia appeared first on Siakap Keli.


