Ariana Grande berundur seketika, penat diasak isu fizikal

EntertainmentMusic
3 Aug 2026 • 1:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ariana Grande berundur seketika, penat diasak isu fizikal

PENYANYI ternama Hollywood, Ariana Grande nekad mengurangkan kemunculan di khalayak ramai sebaik menamatkan siri jelajah Eternal Sunshine Tour di London pada 1 September depan susulan tekanan berterusan terhadap penampilan fizikal dan kesihatannya.

Menurut wakil penyanyi berusia 33 tahun itu, berkata, Grande mahu mengakhiri siri jelajah tersebut dalam keadaan gembira sebelum berehat daripada sebarang aktiviti yang memerlukan kemunculan di hadapan umum.

“Jelajah ini merupakan pengalaman sangat indah buat Ariana. Dia amat menyayangi peminatnya dan menikmati setiap detik sepanjang konsert berlangsung.

“Selepas jelajah tamat, dia akan mengambil rehat yang sewajarnya kerana berdepan kritikan yang tidak berkesudahan,” kata wakilnya.

Sumber terdekat turut memaklumkan persembahan Ariana memerlukan tahap kecergasan fizikal yang tinggi, namun penyanyi itu berjaya menyempurnakan setiap konsert sepanjang jelajah berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Grande turut disahkan tidak lagi terbabit dalam pementasan semula muzikal Sunday in the Park with George di West End, London, yang dijadualkan dipentaskan tahun depan.

Begitupun, sumber sama memaklumkan pelantun lagu We Can’t Be Friends itu tetap memberikan sokongan penuh terhadap pasukan produksi muzikal tersebut selain tidak sabar menyaksikan pementasan berkenaan direalisasikan.

Terdahulu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini penampilan fizikalnya sering menjadi topik perbualan di laman sosial.

Malah, penyanyi terbabit juga pernah meminta netizen agar berhenti mengulas mengenai keadaan bentuk tubuhnya.

Ini termasuk menegur tindakan tersebut menerusi lirik lagu Yes, And? yang menggesa semua pihak menghormati privasi dan batasan peribadi seseorang.

Sementara itu, menerusi pengumuman Instagram, pihak penganjur teater mengesahkan pengunduran Grande dan memaklumkan mereka menghormati keputusan selebriti terbabit

“Kami mengesahkan beliau telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada pementasan Sunday in the Park with George.

“Kami tahu ini bukanlah satu keputusan yang mudah dan beliau mengundurkan diri dengan pemahaman serta sokongan penuh daripada pihak kami.

“Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau,” menurut kenyataan itu.

Penganjur turut memaklumkan pementasan di Barbican, London akan diteruskan mengikut perancangan pada musim panas 2027, manakala senarai pelakon baharu akan diumumkan pada satu tarikh lain. – KOSMO! ONLINE

The post Ariana Grande berundur seketika, penat diasak isu fizikal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved