Arif Aiman Catat Sejarah, Tercalon Pemain Terbaik Tahunan AFC 2025

LocalFootball
26 Sep 2025 • 11:52 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bintang bola sepak tanah air, Arif Aiman Hanapi terus membuktikan pengaruhnya di pentas Asia apabila disenaraikan sebagai calon Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2025 yang diumumkan sebentar tadi.

Arif Aiman antara penjaring gol terbanyak

Menurut laporan Harian Metro, pemain berusia 23 tahun itu akan berdepan saingan sengit daripada dua nama besar bola sepak Asia iaitu juara dua kali, Akram Afif dari Qatar serta penyerang sensasi Arab Saudi, Salem Al-Dawsari.

image is not available

Pencalonan ini cukup bersejarah buat Malaysia kerana inilah kali pertama seorang pemain tempatan menembusi kelompok tiga terbaik Asia.

Kejayaan pemian Johor Darul Ta’zim (JDT) itu banyak dipengaruhi prestasi cemerlangnya dalam Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) musim lalu, apabila membantu Harimau Selatan melangkah sehingga ke peringkat 16 terbaik.

Arif Aiman turut menyerlah sebagai antara penjaring terbanyak dengan lima gol, selain memainkan peranan penting dalam kejayaan treble JDT di Liga Malaysia 2024/25 serta sumangannya bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

image is not available

Foto: Harian Metro

Bagaimanapun, Akram dilihat sebagai pilihan utama berdasarkan rekodnya yang pernah merangkul anugerah berprestij itu pad 2019 dan 2024, manakala Salem menjadi tonggak kejayaan Al Hilal menjuarai Liga Pro Saudi musim lalu juga dijangka memberi cabaran hebat.

Siapa yang bakal dinobatkan Pemain Terbaik Tahunan AFC 2025 akan diketahui pada majlis penganugerahan rasmi yang dijadual berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada 16 Oktober ini.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved