Pengendali Taiwan, Gary White, mengakui dua tonggak serangan Harimau Malaya iaitu Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim memberikan banyak masalah kepada pasukannya ketika tewas 0-1 dalam aksi kedua Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei pada Selasa.

