Arif Aiman Kini ‘Buruan’

LocalFootball
2 Mar 2025 • 6:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Arif Aiman Kini ‘Buruan’

Nama Arif Aiman Hanapi semakin menjadi perhatian di peringkat antarabangsa.

Kelab gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai, dipercayai “sedang memantau” perkembangan bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Pemain berusia 22 tahun ini telah melakar sejarah tersendiri dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini dengan menjadi salah seorang penjaring terbanyak.

Lebih mengagumkan, Arif Aiman telah mencatatkan lima gol dalam ACLE setakat ini, menjadikannya antara penjaring utama kejohanan.

Malah, hal ini sekali gus menempatkannya hanya di belakang bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Justeru, Jeonbuk Hyundai, yang kini berada di tangga ketiga K-League 1 dan bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), berminat untuk mendapatkan khidmat Arif Aiman.

https://x.com/MarkajTopNews/status/1895584086778929637?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1895584086778929637%7Ctwgr%5E9af671e76ba78b62e307b6d7c6203b542a78f8a0%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Fkelab-korea-monitor-arif-aiman%2F

Khabar angin kelab tiga terbaik Liga Pro Iran turut berminat

Sebelumnya, kelab gergasi Iran, Persepolis, turut dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Malaysia itu. Pasukan tersebut merupakan antara tiga kelab terbaik dalam Liga Pro Iran pada tahun lalu.

Namun, setakat ini, belum ada sebarang perkembangan lanjut mengenai minat kelab tersebut terhadap Arif Aiman.

Bagaimanapun, sekiranya mana-mana kelab benar-benar serius mahu mendapatkan bintang JDT itu, mereka perlu bersedia untuk menebus kontraknya yang masih berbaki beberapa tahun.

Kontrak Arif Aiman bersama juara Piala FA 2024 itu dijangka hanya akan tamat pada tahun 2028, sekali gus menjadikan sebarang perpindahan melibatkan jumlah bayaran yang besar.

Tiada pengesahan rasmi

Walaupun khabar angin mengenai minat Jeonbuk Hyundai dan Persepolis terhadap Arif Aiman semakin hangat diperkatakan, sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak.

Sama ada JDT akan melepaskan bintang muda mereka atau tidak, masih menjadi tanda tanya.

Namun, satu perkara yang pasti, Arif Aiman kini berada dalam radar kelab-kelab besar Asia, sesuatu yang membuktikan kebolehannya sebagai salah seorang pemain paling bernilai di rantau ini.

The post Arif Aiman Kini ‘Buruan’ appeared first on Siakap Keli.