Arif Aiman selamat jalani pembedahan ortopedik di Finland

LocalFootball
4 Dec 2025 • 10:50 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Mohd Hanapi, selamat menjalani pembedahan di Finland hari ini, menurut pengesahan kelab.

Arif Aiman dirawat oleh doktor ortopedik terkemuka, Dr Lasse Lempainen, yang terkenal dalam merawat atlet elit dari pelbagai disiplin sukan. Antara atlet bola sepak yang pernah dirawat termasuk pemenang Ballon d’Or 2025, Ousmane Dembele, serta pemain antarabangsa seperti Reece James, Ruben Neves, Nuno Mendes, Alejandro Balde dan Ronald Araujo.

Pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan semasa aksi kelima Kumpulan F menentang Nepal pada kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 18 November lepas. Arif Aiman hanya sempat beraksi selama kira-kira lapan minit sebelum digantikan Mohamad Faisal Halim, yang membantu Malaysia meraih kemenangan 1-0.

Kelab JDT menekankan bahawa pembedahan yang berjaya itu dijangka membolehkan Arif Aiman memulihkan prestasi dan kembali menyertai pasukan selepas tempoh pemulihan yang disyorkan.

Sumber: BERNAMA