Ariffin ketuai majlis tahlil untuk Tun Mustapha

4 Jan 2024 • 1:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Bagi memperingati pemergian Bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun, satu majlis tahlil diadakan di pusara bekas Ketua Menteri Sabah itu di Tugu Peringatan Tun Mustapha Datu Harun, di sini, Selasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ariffin Arif dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) turut hadir di majlis anjuran Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) itu.

Ariffin yang ditemui berkata, majlis haul sempena memperingati pemergian Allahyarham itu adalah acara tahunan yang diadakan setiap 2 haribulan Januari setiap tahun.

Pada masa sama katanya, majlis berkenaan juga adalah acara tahunan bagi alumni pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Toh Puan Hajah Rahmah bagi memperingati pemergian 29 tahun Tokoh Islam Sabah itu.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more “Seperti biasa hari ini kita adakan acara haul atau majlis sempena pemergian Almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan seorang peluang bangsa, seorang negarawan ulung dan pahlawan ummah.

“Majlis ini juga sudah dilaksanakan sejak beberapa tahun bukan saja Muis tetapi juga Alumni SMA Toh Puan Hajah Rahmah malah sekolah ini juga telah ditubuhkan oleh Tun Datu Mustapha,” katanya.

Ariffin berkata, almarhum adalah seorang pendakwah Islam yang dikenali bukan saja di negara ini tetapi juga dalam kalangan tokoh luar negara sebagai seorang pejuang agama yang ulung.

Katanya, semasa hidupnya, banyak legasi peninggalan almarhum Tun Datu Mustapha untuk kepentingan anak bangsa dan Islam di Sabah yang sehingga kini masih memberi manfaat kepada rakyat.

Tun Mustapha yang pernah menjadi Yang Di Pertua Negeri Sabah pertama lahir pada 31 Julai 1918 dan menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 2 Januari 1995 ketika berusia 77 tahun.

Almarhum merupakan pengasas parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) dan semasa hayatnya, Tun Mustapha pernah menjadi Ketua Menteri ketiga dari 1967 hingga 1975.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article