Arifin mahu polis siasat laporan Malaysiakini

LocalPolitics
6 Feb 2025 • 12:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Kota Kinabalu: Adun Membakut Datuk Dr Arifin Arif membuat laporan polis terhadap suatu laporan portal berita tempatan, Malaysiakini bertajuk ‘Pendedah Maklumat: Menantu Musa Aman Tawar Penyelesaian Tutup Mulut Saya’, yang disiarkan pada 3 Feb tahun ini.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, dakwaan dalam laporan yang dimuatnaik Isnin lalu itu jelas mengandungi fakta palsu dan fitnah.

Advertisement“Merujuk laporan Malaysiakini yang dimuatnaik pada 3 Februari, saya ingin menyatakan bahawa laporan media itu adalah satu laporan berniat jahat kerana mengandungi dakwaan-dakwaan tidak tepat.

“(Laporan berita itu juga) mengelirukan dan mengandungi fakta-fakta palsu dan memfitnah,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, pada Rabu.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Malaysiakini dipetik melaporkan pemberi maklumat yang membuat pendedahan mengenai beberapa pemimpin Sabah sejak tahun lalu mendakwa bahawa Arifin telah menawarkan satu penyelesaian buatnya.

Dakwanya, penyelesaian ditawarkan termasuk pemulihan lesen penerokaan mineral yang telah dibatalkan dengan syarat dia mengeluarkan kenyataan umum bahawa dana yang bertukar tangan itu adalah sumbangan politik.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pemberi maklumat itu juga berkongsi draf kenyataan media yang dikatakan telah disediakan untuknya, menyatakan bahawa dirinya membuat “sumbangan” serupa kepada Adun daripada Umno, Star dan PBS.

Arifin berkata, laporan media itu juga membuktikan individu berkenaan dengan kumpulan ‘kartelnya’ akan menggunakan segala helah dan tipu daya bagi mendapatkan lesen perlombongan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, ia termasuk memfitnah beliau serta individu lainnya yang jelas membuktikan motif mereka dengan menyebarkan berita dan fakta palsu adalah untuk monopoli lesen-lesen perlombongan di Sabah.

“Pada bila-bila masa Malaysiakini tidak pernah menghubungi saya (sebagaimana dilaporkan dalam berita portal itu) untuk mendapatkan pengesahan berhubung dengan perkara ini.

“Oleh itu, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang memfitnah dan bersekongkol dengan kumpulan ‘kartel’ ini yang cuba memonopoli lesen-lesen perlombongan di Sabah.

“Saya serahkan dengan peguam saya nanti. Perinciannya pun akan dilaksanakan melalui peguam-peguam yang saya lantik,” katanya ketika ditanya mengenai langkah beliau selanjutnya.

Hadir sama, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Datuk Fairuz Renddan.