Arm Neural Super Sampling Seakan FSR dan DLSS Akan Ke Cip Peranti Mudah Alih 2026

Gaming
14 Aug 2025 • 1:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di SIGGRAPH 2025, Arm memperlihatkan ciri meningkatkan kualiti grafik dan bingkai gambar menggunakan kecerdasan buatan (AI) mereka sendiri iaitu Neural Super Sampling (NSS). NSS ialah ciri yang mirip AMD FSR dan NVIDIA DLSS yang membolehkan grafik dipertingkatkan lagi daripada asal. Arm berkata NSS akan meningkatkan resolusi grafik sehingga 2x dengan setiap bingkai dijana dalam masa 4ms.

Dengan NSS, beban ke atas GPU dapat dikurangkan sehingga 50% berbanding sekarang dengan ini akan memberikan kesan positif pada prestasi bateri dan juga haba dijana peranti. Cip GPU pertama yang akan menyokong NSS akan dilancarkan oleh Arm bermula tahun depan.

Mereka sudahpun bekerjasama dengan Enduring Games, Epic Games (Unreal Engine), NetEase Games, Sumo Digital, Tencent Games, dan Traverse Research untuk menyokong NSS pada permainan mudah alih yang dibangunkan mereka.

Selain NSS, Arm turut akan menyokong ciri Neural Frame Rate Upscaling (NFRU) dan Neural Super Sampling and Denoising (NSSD) pada cip keluaran mereka bermula 2026. NFRU akan meningkatkan kadar bingkai sementara NSSD pula meningkatkan kualiti grafik kedua-duanya juga dengan bantuan AI. Harapan Arm ialah dengan pengenalan ciri berteraskan AI ini, kualiti grafik permainan di peranti mudah alih akan setanding di desktop.

View Original Article