ARM Umumkan Accuracy Super Resolution Untuk Meningkat Kualiti Grafik dan FPS Permua

TechnologyDigital
12 Jul 2024 • 10:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Arm melancarkan ciri baharu Accuracy Super Resolution (ASR) yang akan meningkatkan kualiti grafik pada peranti mudah alih. Menerusi ASR, grafik berkualiti serta kadar FPS lebih tinggi boleh dinikmati tanpa peningkatan penggunaan kuasa bateri.

image is not available

Teknologi ini adalah berasaskan AMD FidelityFX Super Resolution 2 (FSR 2). Menurut ARM, dalam ujian yang dilakukan, peningkatan FPS sehingga 53% boleh dinikmati apabila ASR digunakan pada GPU Immortalis-G720. Pada cip MediaTek Dimensity 9300 pula, penggunaan kuasa dapat dikurangkan apabila grafik 540p ditingkatkan kualitinya ke 1080p menggunakan ASR berbanding grafik 1080p secara natif tanpa ASR.

image is not available

Dengan pengenalan ASR, kualiti lebih baik dan FPS lebih tinggi bukan sahaja boleh dinikmati pada telefon pintar tetapi juga pada tablet dan komputer riba yang menggunakan cip berasaskan ARM. Pembangun kini boleh mencuba menggunakan ASR pada permua yang sedang dibangunkan.