Armada buat laporan polis terhadap Anwar, Guan Eng

Politics
24 Mar 2023 • 2:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wan Ahmad Fayhsal menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Anwar dan Guan Eng di IPD Dang Wangi pada Jumaat.

KUALA LUMPUR – Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat satu laporan polis menuntut siasatan dilakukan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng.

"Pihak kami membuat laporan polis berhubung fitnah Guan Eng ke atas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan isu pelepasan cukai Yayasan Albukhary," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dekat sini pada Jumaat.

Hadir sama Exco Armada Nasional, Harris Idaham Rashid dan Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas.

Isu pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary timbul selepas bekas Perdana Menteri, Muhyiddin mendakwa Guan Eng telah membatalkan pengecualian yang telah diluluskan selepas gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun pada 10 Mac lalu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menafikan tuduhan tersebut dan membuat laporan polis terhadap Muhyiddin pada pada 22 Mac.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa Anwar dan Guan Eng menggunakan keterangan yang diketahui sebagai palsu dan perbuatan itu salah di bawah Seksyen 196 Kanun Keseksaan.

Tegasnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan itu adalah tidak munasabah.

Jika perkara yang sedemikian katanya, tiada sebab untuk Presiden Bersatu untuk membuat rayuan.

"Ini juga mengeruhkan lagi situasi dan menyebabkan Presiden Bersatu didakwa dan dikenakan pertuduhan salah guna kuasa atas isu cukai," katanya.