Armand Azha sahkan dipanggil Lembaga Disiplin UMNO

Politics
19 Feb 2023 • 7:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Datuk Armand Azha

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengesahkan bahawa beliau dipanggil Lembaga Disiplin parti tersebut pada 23 Februari ini di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Armand Azha berkata, satu sidang media akan dibuat sebaik sahaja beliau selesai dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui alasan kenapa dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.

“Kita tunggu sampai 23 Februari. Insya-ALLAH selepas itu, petang saya habis (perjumpaan dengan Lembaga Disiplin UMNO), terus saya akan buat ‘pc’ (sidang media),” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian pada Ahad.

Pada 27 Januari, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dipecat daripada parti.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff pula digantung keahlian selama enam tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved