
CARDIFF – Arsenal memulakan kempen musim baharu dengan penuh bergaya apabila raih kemenangan 3-0 ke atas Manchester City pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Millennium, sebentar tadi.
Kehadiran Bruno Guimaraes nyata menghadirkan impak positif buat Arsenal selepas bekas bintang Newcastle United itu cemerlang bergandingan dengan Myles Lewis-Skelly dan Martin Odegaard.
Hasilnya, The Gunners muncul pasukan paling dominan sepanjang babak pertama, langsung tidak memberikan ruang buat Manchester City mencipta ancaman ke kubu lawan.
Terdahulu, anak buah Mikel Arteta nyata cukup bersedia apabila memperoleh dua gol dalam tempoh kurang 30 minit.
Arsenal hanya memerlukan tempoh kurang seminit untuk membuka jaringan menerusi Riccardo Calafiori sebelum Kai Havertz menggandakan kedudukan pada minit ke-28.
Bersambung babak kedua, Arsenal sekali lagi memperoleh gol awal, hanya memerlukan tiga minit untuk merobek gawang lawan buat kali ketiga menerusi Martin Odegaard.
Walaupun Arsenal dilihat lebih selesa, Manchester City kekal mencuba sebaliknya usaha diatur tidak membuahkan hasil sekali gus memastikan kejayaan buat The Gunners.
Arsenal akan membuka tirai aksi Liga Perdana Inggeris menentang Coventry manakala Manchester City bertemu Bournemouth. – KOSMO! ONLINE
The post Arsenal ungguli aksi Perisai Komuniti appeared first on Kosmo Digital.





