“Art Takleh Melangkaui Agama” – Aiman Hakim Dikecam & Digelar ‘Dayus’ Sebab Benarkan Isteri Berlakon Babak Mesra

3 Nov 2022 • 2:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Aiman Hakim ada memberitahu bahawa dia tidak terlalu kisah jika isterinya, Zahirah Macwilson melakonkan babak mesra bersama pelakon lelaki lain di dalam drama.

Malah, Aiman turut mengakui tidak akan pernah rasa cemburu kerana menganggap ianya sebagai satu tuntutan sebagai seorang pelakon.

Pada saya, tiada masalah untuk lihat isteri saya melakonkan babak-babak yang bersentuhan. Pada saya adalah sebahagian daripada art dalam lakonan.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, pelakon lelaki terbabit turut sempat menyifatkan isterinya seorang profesional ketika di set pengambaran.

Susulan kenyataan yang dibuat oleh Aiman mengenai isterinya itu, netizen kebanyakkannya melabel Aiman sebagai lelaki ‘dayus’ kerana tidak mengambil endah isu berkaitan ikhtilat seorang isteri.

image is not available

Bukan saja itu, malah mereka juga berpendapat banyak lagi alternatif lain yang boleh dibuat oleh Zahirah dari melakukan adegan ‘bermesra’ jika dia sedar statusnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

"Berdosa Mekap Bukan Untuk Suami" - Ada Yang 'Condemn' TokTi Bersolek & Berpakaian Bollywood?