Arteta kecewa Arsenal tersingkir

Football
2 Nov 2023 • 10:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mikel Arteta - Foto AFP

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta sedia bertanggungjawab selepas kekalahan pasukannya 1-3 kepada West Ham United dalam aksi Piala Liga di Stadium London pada Khamis.

Arteta melakukan enam pertukaran dalam kesebelasan utamanya termasuk menyenaraikan Declan Rice di bangku simpanan semasa kepulangan semula pemain tersebut ke West Ham.

Rice, yang menjulang trofi Liga Persidangan Europa sebagai kapten West Ham musim lalu kembali ke kelab lamanya buat kali pertama sejak berpindah ke Gunners.

Namun, dia tidak akan memenangi Piala Liga musim ini bersama Arsenal selepas jaringan Mohammed Kudus dan Jarrod Bowen selain gol sendiri oleh Ben White menyebabkan pasukan utara London itu tersingkir.

“Saya sangat kecewa. Saya bertanggungjawab untuk perlawanan ini kerana kami keluar dan mahu bermain permainan yang sangat berbeza.

“Permainan berubah kerana gol pertama tetapi kami cuba bangkit.

“Saya kecewa dengan diri saya sendiri. Kami mahu bermain dengan cara yang berbeza dan kami tidak dapat melakukannya.

“Kami perlu menggunakan kesakitan dan kekalahan ini untuk bangkit ketika menentang Newcastle pada Sabtu ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved