Artis Antarabangsa Bakal ‘Sarungkan’ Produk Sarawak Ke Malam Gala AIFFA 2023

3 Aug 2023 • 11:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bakal gayakan produk Sarawak ke AIFFA

Artis Antarabangsa Bakal ‘Sarungkan’ Produk Sarawak Ke Malam Gala AIFFA 2023. Beberapa produk dari Sarawak seperti pakaian tradisional, beg tangan, dan pelbagai item lain akan diperagakan oleh artis-artis antarabangsa yang menghadiri Malam Gala Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2023, pada Jumaat ini.

Tambah Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan pihak AIFFA untuk mempromosikan produk-produk dari Sarawak kepada dunia.

image is not available
Artis Antarabangsa Bakal ‘Sarungkan’ Produk Sarawak Ke Malam Gala AIFFA 2023. Kredit: Suara Sarawak

“Melalui peragakan produk-produk dari Sarawak oleh artis-artis antarabangsa, kita secara tidak langsung akan mempromosikan warisan kita kepada dunia. Ini adalah salah satu cara kita untuk mempamerkan produk-produk tempatan.

image is not available

Menerusi laporan dari Suara Sarawak, tidak hanya pakaian, tetapi beg tangan dan pelbagai item lain juga akan digunakan oleh mereka. Semua produk ini hasil ciptaan daripada pereka tempatan, pelajar-pelajar CENTEXS Commercial, dan komuniti Sarawak,” katanya.

Usaha ini termasuk memberikan pendedahan kepada delegasi mengenai produk-produk Sarawak, terutamanya dalam bidang fesyen.

image is not available

Pada masa yang sama, CENTEXS Commercial juga telah berkerjasama dengan Miss International Sarawak (MIS) 2023 dan melibatkan pemenang serta finalis MIS dalam peragakan pakaian dan produk-produk warisan yang terdapat di Juma’ani Pavilion.

“Kita juga telah memilih beberapa di antara mereka untuk menjadi duta-duta kita dalam mempromosikan produk-produk dari Sarawak kepada orang ramai. Dengan adanya program-program seperti ini, kita dapat lebih meningkatkan nama dan pengiktirafan produk-produk tempatan,” tambahnya.

Baca lagi artikel menarik: