“Artis Gaji Besar Kan..” – Individu Pertikai Minta Bantuan Kewangan, Netizen ‘Back-Up’ Enot

Entertainment
13 Dec 2022 • 1:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Minggu lalu, pelakon dan pelawak wanita, Enot telah mengalami kecederaan yang boleh dikatakan agak teruk akibat terjatuh dan dia diduga semasa hilang punca pendapatan.

Melalui hantaran di Instagram, Enot terpaksa merayu meminta bantuan daripada rakan selebriti serta orang ramai kerana difahamkan dirinya tidak dapat keluar bekerja selama tiga bulan.

Menurut selebriti tersebut, tempurung lututnya retak dan patah, disebabkan itu dia perlu menjalani pembedahan tulang belakangnya yang terkena saraf.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Dalam pada masa yang sama, rakan selebriti iaitu Sharifah Shahirah tidak lupa untuk membantu dengan membuat satu hantaran di Instagram menghebahkan berita duka yang dialami oleh Enot ketika ini.

Biarpun ia merupakan satu berita yang menyedihkan, ada juga individu yang sempat pertikaikan berkenaan dengan sumbangan tersebut kerana Enot merupakan seorang selebriti.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati beberapa individu yang berfikiran semua selebriti mempunyai pendapatan tinggi.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan agar pelakon tersebut segera sembuh supaya dapat bekerja seperti biasa dan mencari rezeki bagi menampung pendapatan keluarga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

"Artis Takkan Tak Ada Duit" - Tabung Kilat Dilancarkan, Netizen Persoal Kenapa Nad Zainal Tak Dipindah Ke Hospital Kerajaan

View Original Article