Artis Kelahiran Sarawak Ini Hasilkan Ukiran ‘Rutit’ Pua Kumbu Sehingga Dapat Perhatian United Nations

18 Dec 2023 • 2:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini barulah women power yang patut di idolakan

Artis Kelahiran Sarawak Ini Hasilkan Ukiran ‘Rutit’ Pua Kumbu Sehingga Dapat Perhatian United Nations. Kalau kerja yang melibatkan tangan ni, seperti yang kita selalu dengar, memang majoriti didominasi oleh lelaki, betul ke? Namun ianya tidak menjadi halangan kepada artis anak Sarawak kita ini, Anniketyni Madian, seorang pengukir dalam seni arca kayu profesional yang memulakan karya seninya pada tahun 2008.

Minat yang mendalam pada seni halus berunsurkan kayu beliau terhadap kerjanya telah mencapai kejayaan di luar jangkaannya dan juga tersohor di Asia. Hebat bukan? Ini adalah sedikit sebanyak profil beliau sebagai pengukir arca seni yang professional.

image is not available
Artis Kelahiran Sarawak Ini Hasilkan Ukiran ‘Rutit’ Pua Kumbu Sehingga Dapat Perhatian United Nations

Anniketyni Madian anak kelahiran Kuching, Sarawak

Mengakui minat yang kuat terhadap seni arca kayu, wanita berdarah iban dan melayu ini mengatakan bahawa beliau mula mempunyai rasa minat terhadap seni arca ini ketika mengambil bidang Sarjana Seni Halus (Arca) dari Universiti Teknologi Mara.

Anniketyni akui bahawa beliau tidak ingin terikat dengan karya biasa, malah beliau menerapkan elemen Pua Kumbu dalam setiap hasil karya beliau. Pua Kumbu ini sangat popular di kalangan wanita kaum Iban dan juga dalam industri pembuatan seni tenunan tekstil tenunan di Sarawak.

image is not available
Artis Kelahiran Sarawak Ini Hasilkan Ukiran ‘Rutit’ Pua Kumbu Sehingga Dapat Perhatian United Nations

Secara tradisi, kain bercorak berlapis warna ini biasanya digunakan dalam upacara dan peristiwa penting seperti kelahiran anak, apabila seseorang sampai usia, bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum pengebumian dan selainnya.

Keunikan gabungan elemen Pua Kumbu dengan unsur-unsur Islam

Apa yang menambahkan keunikan ukiran beliau dalam hasil seni arca tersebut, beliau tidak hanya menggunakan elemen Pua Kumbu, beliau turut menggabungkan elemen Pua Kumbu dengan unsur-unsur Islam seperti kaligrafi dan tulisan Jawi, arca yang dihasilkan juga lebih bersifat kontemporari dan sesuai dengan selera masyarakat sekarang.

image is not available

“Saya rasa penting sebagai anak jati Sarawak untuk mempromosikan budaya masyarakat kami menerusi karya seni. Daripada industri tekstil, saya bawakan ia ke dalam dunia seni arca khususnya medium kayu. Ianya sekali gus memberi identiti tersendiri kepada setiap karya yang saya hasilkan,” kata beliau.

Hasil ukirannya sungguh memukau sehingga mendapat perhatian United Nations

Baru berumur 34, Anniketyni berjaya menjadi finalis dalam Sovereign Asian Art Prize (SAAP) di Hong Kong sebanyak dua kali, mendapat pengiktirafan negara dan juga berjaya mengembangkan seni halus di peringkat antarabangsa dalam pameran seni di beberapa buah tempat termasuk luar negara.

image is not available
Food and Agriculture Organization of the United Nations Awards, Rome (2015)

Bukan hanya itu sahaja, pada usia muda juga hasil seni arca beliau boleh dilihat di seluruh pelosok dunia bahkan mampu menarik perhatian United Nations dan Google dengan hasil seni arca beliau. Hasil tangan kraf beliau digunakan untuk dijadikan penghargaan di Food and Agriculture of the United Nations yang diadakan di Rome, Italy.

image is not available
Four Season Hotel. Sumber: AM Studio

Ukiran ‘Rutit’ Pua Kumbu juga terdapat di mana-mana tempat

Kini, beliau telah berjaya menempa nama di persada antarabangsa dengan menyertai beberapa pameran di luar dan dalam negara. Antara hasil seni arca beliau juga turut dipamerkan di galeri seni peribadi, Four Season Hotel, dan banyak lagi.

image is not available
Reka bentuk dalaman Arcradius Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Difahamkan, semasa musim pandemik, beliau tetap optimis akan seni halus. Malah, beliau menegaskan bahawa seni dan budaya Malaysia berada di persada antarabangsa. Beliau juga percaya bahawa seniman wanita di Malaysia ini adalah golongan minoriti yang berpotensi dalam mengembangkan cara kerja kontemporari (contemporary ways of working).

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih mendalam berkenaan dengan elemen Pua Kumbu juga influencer lain yang memartabatkan etnik Borneo, anda boleh lihat artikel di bawah:

https://www.iloveborneo.my/peraga-fesyen-etnik-borneo-kontemporari-tudung-keluaran-sabah-diundang-sertai-2-acara-fesyen-terbesar-dunia/

https://www.iloveborneo.my/patung-barbie-borneo-wesley-hilton/