“Artis Luar Nak Konsert Ada Dresscode Tapi Artis Malaysia…” – Tayang Bahagian Dada & Perut, Gaun Hitam Amelia Henderson Dikritik Netizen

LocalEntertainment
9 Nov 2024 • 3:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gaun hitam digayakan pelakon dan pengacara Amelia Henderson ketika menghadiri sebuah anugerah yang berlangsung semalam mendapat perhatian dan telah mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Amelia dilihat menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal yang terdedah di bahagian perut, dada dan bahagian belakang selain turut mempunyai belahan di kaki.

Berkongsi video di Instagram dan turut tular di TikTok, Amelia menerima kritikan warganet kerana mengenakan gaun seksi dan ramai berasa kurang senang melihat selebriti wanita berpakaian seksi seperti menjadi normalisasi.

Kata sesetengah netizen, Amelia sudah cukup jelita dan menawan tanpa perlu menggayakan pakaian yang seksi dan ada yang turut menegurnya untuk memberikan contoh yang baik sebagai selebriti terkenal.

image is not available

Ada yang turut mempersoal tentang selebriti wanita luar ngeara yang mahu membuat persembahan di Malaysia dikenakan syarat untuk tidak berpakaian seksi walhal artis tempatan kita sendiri memakai persalinan mencolok mata.

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

"Nampak Macam Tak Normal" - 'Post' Video Menggoda Di Instagram, Penampilan Seksi Mawar Rashid Curi Perhatian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved