Terdapat seorang artis yang baru saja berusia 29 tahun telah mendirikan rumah tangga dengan seorang bekas jurulatih Liga Super. Alhamdulillah, tapi siapa tu?
Menurut laporan Harian Metro, perkahwinan antara adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal dan juga bekas jurulatih yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan era 90-an itu hanya diketahui oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat saja.
Jurulatih berkenaan pernah mengendalikan beberapa pasukan utama Liga Super dengan kali terakhir membabitkan kelab berpangkalan di utara tanah air.
Wanita berkenaan pula dikenali umum kerana pernah menyertai program realiti televsyen syarikat swasta dan memenangi tempat ketiga.
Bukan tu jer, jurulatih itu dikatakan pernah berkahwin sebelum ini pada tahun 80-an dan mempunyai 3 orang anak. Korang rasa siapa? Apapun, tahniah diucapkan dan semoga bahagia hingga ke ahirnya.
Kredit: Harian Metro
The post Artis Muda Kahwin Dengan Jurulatih Liga Super Anak 3 appeared first on Oh! Media.


