“Artis Paling Humble” – Jep Sepahtu Pakai Jam Rolex Harga Cecah RM89,000, Netizen Puji Tak ‘Show Off’

19 Oct 2022 • 3:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial Instagram mengenai sebuah hantaran gambar yang disunting oleh Beast Lab memaparkan pelawak, Jep Sepahtu telah mendapat pehatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin menggayakan jam tangan mewah berjenama Rolex Submariner Starbucks.

Apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah harga jam yang dipakai oleh suami kepada pelakon jelita Sariyanti itu bernilai lebih RM 89,000.

Menjengah di ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respon daripada warganet yang rata-ratanya memuji sikap rendah diri Jep kerana tidak pernah menunjuk kekayaan yang dimiliki.

Malah, ada juga segelintir netizen yang mengatakan harga jam berkenaan sesuai dengan pelawak itu kerana turut memiliki kenderaan mewah Bently yang bernilai lebih RM 500,000.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 bulan lalu

"Tak Pernah Menunjuk Kekayaan Dia.." - Netizen Terkejut Tengok Kereta Mewah Jep Sepahtu