“Artis Sebenar..” – Muat Naik Petikan Lama, Netizen Tebak G-Dragon Perli HYBE Di Instagram

27 Apr 2024 • 9:16 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

G-Dragon telah memuat naik satu video yang dikatakan telah ditujukan kepada HYBE.

Industri hiburan Korea sedang digemparkan dengan isu hangat diantara barisan pengarah HYBE dan pengasas ADOR iaitu Min Hee-jin. Di tengah-tengah kekecohan ini, video yang dimuat naik oleh G-Dragon pada hari yang sama telah meraih perhatian ramai terutamanya kerana mereka merasakan bahawa hantaran tersebut seperti ditujukan kepada HYBE.

Di mana, video tersebut menunjukkan temu bual ketua kumpulan BIGBANG itu bersama pihak media pada tahun 2015.

Dalam video tersebut, G-Dragon telah dilihat menekankan bahawa artis sebenar lebih mengutamakan kualiti berbanding perkara lain.

Selepas hantaran itu dibuat, rata-rata netizen telah memuji penyanyi tersebut kerana berani untuk memuat naik petikan seperti itu.

Komen netizen,

  • Ini yang kita mahukan!
  • Sebab itu BIGBANG masih lagi dihormati sehingga kini.
  • BIGBANG ialah artis yang sebenar.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.