“Artis Takkan Tak Ada Duit” – Tabung Kilat Dilancarkan, Netizen Persoal Kenapa Nad Zainal Tak Dipindah Ke Hospital Kerajaan

LocalEntertainment
30 Nov 2022 • 5:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai sedia maklum, aktres Nad Zainal telah dimasukkan ke hospital swasta di Ampang dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak seminggu yang lalu.

Setiap hari, rakan artis Ungku Ismail memberikan perkembangan terkini pelakon berusia 32 tahun itu dan ramai selebriti turut mendoakan kesembuhannya.

Nad dilaporkan memberikan perkembangan positif dan akan dirawat oleh doktor buah pinggang kerana keadaan yang agak terjejas.

image is not available 2 hari lalu

"Dia Manusia Yang Sangat Baik" - Ungku Ismail Menangis, Akui Rindu Nad Zainal

Dalam pada itu, satu tabung kecemasan mengutip sumbangan buat Nad bagi menampung kos rawatan pelakon drama Cina Buta terbabit sejak seminggu lalu.

Kewujudan tabung itu dikongsikan oleh pengarah, Shahrulezad dan mula tersebar selepas ramai rakan-rakan artis turut membuat hantaran yang sama di media sosial.

Menerusi hantaran Aeril Zafrel di Instagram, ramai yang mempersoalkan mengapa Nad tidak dipindahkan ke hospital kerajaan jika memang tidak mampu menampung kos rawatan di hospital swasta.

Malah, menurut segelintir daripada mereka hospital seperti Hospital Kuala Lumpur (HKL) mempunyai ramai pakar perubatan berpengalaman.

image is not availableimage is not available

Bukan itu saja, ada yang mencadangkan agar barangan peribadi Nad dijual dan duit hasil jualan tersebut digunakan bagi membayar bil hospital yang diperlukan.

Sementara itu, masih ramai netizen memberikan komen positif dan menempelak mereka yang mempersoalkan tentang hal tersebut.

Selain itu, ada yang berpendapat agar orang ramai mendoakan kesembuhan pelakon berkenaan jika sekiranya tidak mampu untuk memberikan sumbangan wang ringgit.

image is not available