
KUALA LUMPUR – Seorang artis terkenal ditahan polis semalam selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.
Mangsa dikatakan berkenalan dengan artis berkenaan yang juga pelakon dan penyanyi terkenal itu di sebuah kafe di tempat dia bekerja.
Ketua Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Siti Kamsiah memberitahu, artis berkenaan dan mangsa telah bertemu beberapa kali sebelum ini, lapor Bernama.
“Selepas beberapa kali pertemuan suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel dan dalam pertemuan itu suspek melakukan amang seksual fizikal kepada mangsa,’’ katanya.
Kertas siasatan, katanya, sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792). - 4 Jun, 2025
The post Artis terkenal ditahan, didakwa lakukan amang seksual ke atas remaja appeared first on Scoop.


