ArusOil merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada kitar semula minyak masak terpakai, dan pada masa yang sama memberikan pulangan ganjaran kepada para pengguna. Setelah beroperasi selama beberapa tahun, kini ArusOil turut mengumumkan kerjasama dengan pihak Touch n Go eWallet.

Dengan kerjasama ini, perkhidmatan atau akses kepada ArusOil akan ditawarkan dalam bentuk aplikasi mini di dalam dompet digital Touch n Go eWallet. Ini sekaligus akan memudahkan lagi para pengguna mengakses perkhidmatan berkenaan, tanpa perlu memuat-turun atau melakukan pendaftaran tambahan.
Buat masa ini, tarikh pengenalan integrasi ArusOil dalam TNG eWallet masih belum diumumkan. Kita mungkin melihat integrasinya dalam tempoh sekitar sebulan dua lagi. Sementara itu, bagi anda yang berminat dengan ArusOil, boleh memuat-turun aplikasinya secara berasingan melalui Google Play Store atau Apple App Store hari ini, dan memulakan kitar semula minyak terpakai anda



