Arwah Derma Damiya’ mungkin tercekik ayam, pisang

LocalFamily & Parenting
20 Oct 2026 • 5:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Arwah Derma Damiya’ mungkin tercekik ayam, pisang

DENGKIL – Luluh hati seorang bapa apabila melihat anak perempuan tunggalnya, Derma Damiya’ Nur Mikayla Mior Shahrizal, 7, terbaring dalam keadaan kaku di tingkat dua di sebuah sekolah di sini semalam.

Mior Shahrizal Mior Zakaria, 48, berkata, dia mengetahui perkara itu pada pukul 5 petang selepas isterinya, Derma Taksiah @Norlela, 51, memintanya ke sekolah selepas dimaklumkan anak mereka dipercayai tercekik.

“Apabila sampai di sekolah, saya naik tingkat dua dan melihat anak terbaring di koridor. Saya berada di tempat kejadian kira-kira 15 minit sebelum ambulans tiba.

“(Ketika itu) anak memang ‘flat’ (kaku), saya tolong ‘pump’ namun tiada respon. Saya buat CPR (Resusitasi Kardiopulmonari),” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Dengkil, di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah anak bongsu daripada tiga beradik itu dituntut di Hospital Putrajaya pada pukul 12 tengah hari selepas selesai proses bedah siasat dan dibawa ke Masjid Jamiatus Solehah, Dengkil untuk dimandi, dikafan dan disolatkan.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dengkil pada pukul 3.15 petang dengan dihadiri lebih 50 ahli keluarga dan waris terdekat.

Ditanya mengenai keputusan bedah siasat, Mior Shahrizal berkata, berdasarkan penerangan pihak hospital, saluran pernafasan Derma Damiya’ Nur Mikayla dipercayai tersumbat makanan..

“Doktor jelaskan dua benda itulah, sama ada pisang atau ayam. Benda itu tidak boleh dikeluarkan, ada dalam (saluran pernafasan),” ujarnya.

Mior Shahrizal yang menetap di Taman Desa berkata, anaknya yang bersekolah agama pada sebelah pagi dan sekolah kebangsaan pada waktu petang tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku yang ketara sebelum meninggal dunia. – KOSMO! ONLINE

The post Arwah Derma Damiya’ mungkin tercekik ayam, pisang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved